InHouseTraining
Rabu, 15 Oktober 2014
5.4 Privasi
5.4.1 Secara
umumnya privasi dalam penggunaan internet melibatkan:
i.
Perlindungan data
Teknologi terkini termasuk
enkripsi data digunakan untuk melindungi data yang dihantar dan mematuhi kepada
piawaian keselamatan yang ketat bagi menghalang capaian yang tidak dibenarkan
daripada di akses.
ii.
Keselamatan data
Semua storan elektronik dan
penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan
teknologi keselamatan yang sesuai.
5.4.2 Isu-isu
berkaitan privasi
i.
Isu
keselamatan sistem maklumat dan perlindungan privasi pengguna. Bagi isu keselamatan melibatkan aksi pencerobohan
(intrusion) terhadap sistem maklumat, merosakkan atau membuat perubahan
terhadap sistem.
ii.
Penyebaran
virus menerusi sistem internet.
iii.
Isu
pencurian maklumat peribadi menerusi sistem maklumat.
iv.
Isu
spamming iaitu email masuk memenuhi store penyimpanan data tanpa perlu
pengesahan.
v.
Berkaitan
fungsi ticker, subscribe dan timeline dalam facebook yang membenarkan
perkongsian data tanpa perlu pengesahan.
5.3 Undang-Undang Siber
Malaysia
telah meletakkan asas yang kukuh pada pembangunan ICT dengan menyediakan
undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan
diluluskan, seperti berikut:
i. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
ii. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia1998.
Iii Akta Tandatangan Digital 1997.
Iv Akta Jenayah Komputer 1997.
v. Akta Teleperubatan 1997.
i.
Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998.
Akta ini merupakan sendi
kepada semua undang-undang siber di Malaysia.
Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam
akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan
multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali
Undang-undang Media dan Siber). Akta ini
juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tidak ada tapisan dalam internet di
bawah Seksyen 3(3). Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian
khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian
ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (kini
komponen komunikasi dikeluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan,
bersama dengan komponen Kebudayaan).
ii.
Akta Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia 1998
Akta ini membolehkan
penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan
jaringan seperti internet. Ia juga
mengambilalih kuasa perlesenan terhadap spektrum penyiaran dan telekomunikasi.
Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini.
i.
Akta Tandatangan Digital
1997.
Akta ini digubal untuk
membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah sebagai usaha
meningkatkan e-commerce atau
e-dagang. Kelulusan undang-undang ini
perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan
dokumentasi secara online.
ii.
Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah
untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah
yang dilakukan melalui jaringan komputer.
Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.
iii.
Akta Teleperubatan 1997
Akta ini membolehkan para
doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk
menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh
dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa
bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.
iv.
Akta Hak Cipta (Pindaan)
1997.
Akta ini memasukkan
unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk. Ini bermakna apa-apa hasil karya yang
dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta
Hakcipta.
v.
Akta Perdagangan Elektronik
2006
Akta Perdagangan Elektronik 2006
mengiktiraf dari segi undang-undang semua transaksi yang dijalankan secara
elektronik tetapi pada masa yang sama tidak menghalang transaksi secara
konvensional. Dengan adanya penentuan sah, perkara itu akan memberi keyakinan
kepada masyarakat secara umum untuk membuat transaksi secara elektronik. Akta
ini turut menekankan aspek pelindungan pengguna itu penting bagi memastikan
pengguna secara amnya mempunyai keyakinan untuk menjalankan transaksi secara
elektonik.
i.
Akta Aktiviti Kerajaan
Elektronik 2007
Akta Aktiviti Kerajaan
Elektronik 2007 mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej
elektronik dalam urusan Antara Kerajaan dengan orang awam. Urusan-urusan seperti permohonan lesen,
permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerajaan dapat dijalankan secara
elektronik untuk memudahkan urusan. Akta
ini mengiktiraf pelaksanaan aktiviti kerajaan secara elektronik seperti
pelaksanaan urusan Kerajaan melalui Internet atau Kiosk contohnya MyEG.
i.
Akta Aktiviti Kerajaan
Elektronik 2007
Akta Aktiviti Kerajaan
Elektronik 2007 mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej
elektronik dalam urusan Antara Kerajaan dengan orang awam. Urusan-urusan seperti permohonan lesen,
permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerajaan dapat dijalankan secara
elektronik untuk memudahkan urusan. Akta
ini mengiktiraf pelaksanaan aktiviti kerajaan secara elektronik seperti
pelaksanaan urusan Kerajaan melalui Internet atau Kiosk contohnya MyEG.
Langgan:
Catatan (Atom)