Rabu, 15 Oktober 2014

5.2 Kod Etika Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm)



5.2  Kod Etika Kementerian Pendidikan Malaysia (Kpm)

      i.        Pekeliling ICT Bilangan 1 Tahun 2012 Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat
Dan Komunikasi (DKICT) KPM Versi 2.0.
Dasar ini bertujuan menerangkan peraturan-peraturan yang mesti dibaca, difahami dan dipatuhi dalam menggunakan aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pekeliling ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict

    ii.        Garis Panduan Penggunaan dan Pengurusan E-Mel Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Garis panduan ini berkenaan dengan panduan penggunaan dan pengurusan e-mel KPM di sediakan bagi tujuan sebagai panduan penggunaan dan pengurusan e-mel semua bahagian khususnya dalam pengurusan penghantaran dokumen melalui e-mel. Garis panduan ini boleh dicapai melalui pautan http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict

   iii.        Garis Panduan Norma Agihan dan Tatacara Penggunaan Bagi Capaian Internet, E-Mel dan Broadband Tanpa Wayar Bagi Tujuan Pengurusan dan Pentadbiran KPM.

Tujuan kertas ini untuk menyediakan satu garis panduan berkaitan norma pengagihan dan tatacara penggunaan bagi capaian internet, e-mel rasmi dan broadband tanpa wayar (wireless broadband) bagi kakitangan pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia.  Garis panduan ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict


   i    Surat Pekeliling ICT Bil. 2/2014 – Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pendidikan Malaysia
Surat Pekeliling ini bermaksud memberi panduan kepada Ketua-Ketua Bahagian, Jabatan/Agensi dan Badan Berkanun untuk merujuk dan menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict


       Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman web/ Portal Kementerian Pelajaran Malaysia
Surat pekeliling ini bermaksud memberi garis panduan kepada ketua-ketua Jabatan/ Bahagian untuk merujuk dan menerangkan mengenai pengukuhan tadbir urus Jawatankuasa Laman web/portal Kementerian Pendidikan Malaysia.  Garis panduan ini boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ict



Tiada ulasan:

Catat Ulasan