Rabu, 15 Oktober 2014

5.3 Undang-Undang Siber



Malaysia telah meletakkan asas yang kukuh pada pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut:
i.   Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
ii.  Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998.
Iii  Akta Tandatangan Digital 1997.
Iv  Akta Jenayah Komputer 1997.
v.  Akta Teleperubatan 1997.

      i.        Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia.  Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber).  Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tidak ada tapisan dalam internet di bawah Seksyen 3(3). Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (kini komponen komunikasi dikeluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).

    ii.        Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta ini membolehkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet.  Ia juga mengambilalih kuasa perlesenan terhadap spektrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini.


      i.        Akta Tandatangan Digital 1997.
Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital.  Tujuan utamanya ialah sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang.  Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.

    ii.        Akta Jenayah Komputer 1997.
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer.  Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.

   iii.        Akta Teleperubatan 1997
Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan. Akta ini membawa bidang perubatan ke satu tahap yang lebih tinggi lagi.

   iv.        Akta Hak Cipta (Pindaan) 1997.
Akta ini memasukkan unsur-unsur yang berkaitan dengan hakcipta dalam Akta induk.  Ini bermakna apa-apa hasil karya yang dilakukan di dalam dan melalui internet adalah terlindung di bawah Akta Hakcipta.

    v.        Akta Perdagangan Elektronik 2006
Akta Perdagangan Elektronik 2006 mengiktiraf dari segi undang-undang semua transaksi yang dijalankan secara elektronik tetapi pada masa yang sama tidak menghalang transaksi secara konvensional. Dengan adanya penentuan sah, perkara itu akan memberi keyakinan kepada masyarakat secara umum untuk membuat transaksi secara elektronik. Akta ini turut menekankan aspek pelindungan pengguna itu penting bagi memastikan pengguna secara amnya mempunyai keyakinan untuk menjalankan transaksi secara elektonik.
 
      i.        Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan Antara Kerajaan dengan orang awam.  Urusan-urusan seperti permohonan lesen, permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerajaan dapat dijalankan secara elektronik untuk memudahkan urusan.  Akta ini mengiktiraf pelaksanaan aktiviti kerajaan secara elektronik seperti pelaksanaan urusan Kerajaan melalui Internet atau Kiosk contohnya MyEG.

      i.        Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007
Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan Antara Kerajaan dengan orang awam.  Urusan-urusan seperti permohonan lesen, permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerajaan dapat dijalankan secara elektronik untuk memudahkan urusan.  Akta ini mengiktiraf pelaksanaan aktiviti kerajaan secara elektronik seperti pelaksanaan urusan Kerajaan melalui Internet atau Kiosk contohnya MyEG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan