Rabu, 15 Oktober 2014

5.4 Privasi



5.4.1      Secara umumnya privasi dalam penggunaan internet melibatkan:
      i.        Perlindungan data
Teknologi terkini termasuk enkripsi data digunakan untuk melindungi data yang dihantar dan mematuhi kepada piawaian keselamatan yang ketat bagi menghalang capaian yang tidak dibenarkan daripada di akses.

    ii.        Keselamatan data
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

5.4.2      Isu-isu berkaitan privasi
i.              Isu keselamatan sistem maklumat dan perlindungan privasi pengguna.  Bagi isu keselamatan melibatkan aksi pencerobohan (intrusion) terhadap sistem maklumat, merosakkan atau membuat perubahan terhadap sistem. 
ii.             Penyebaran virus menerusi sistem internet.
iii.            Isu pencurian maklumat peribadi menerusi sistem maklumat.
iv.           Isu spamming iaitu email masuk memenuhi store penyimpanan data tanpa perlu pengesahan.
v.            Berkaitan fungsi ticker, subscribe dan timeline dalam facebook yang membenarkan perkongsian data tanpa perlu pengesahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan